Ayat Pelaris Cara Islam Yang Boleh Peniaga Amalkan

Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan dalam Islam dan bidang yang paling banyak diceburi oleh pelbagai lapisan masyar4kat di Malaysia. Sebabnya mudha, aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan yang berlipat-ganda buat yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah juga seorang peniaga dan telah menawan hati ramai orang dan pernah menganjurkan kita sebagai umat Muslim untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak hampir 100% atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW.

Sebagai seorang muslim, memang kita dibebaskan untuk mencari rezeki dibidang apapun asalkan ianya Halal dan berkah maka itu tidak berd0sa, untuk itu perlu di ingatkan kepada anda bahawa kita harus selalu bersikap jujur dan dapat dipercaya sehingga kita akan mendapatkan keberkatan dari segala bidang usaha kita kerana hasil dari usaha kita tersebut akan digunakan untuk menafkahi d1ri send1ri, keluarga dan anak kita sehingga perlu di perhatikan kehalalannya.

Ilustrasi – Foto: einfon.com

Sedangkan untuk ayat pelaris perniagaan ini hanya untuk rujukan atau usaha anda kerana rezeki Allah SWT yang mengaturnya jadi kita memohon kepada Allah SWT supaya perniagaan laris dengan cara berdoa agar perniagaan kita tidak mengalami kerugian. Tetapi perlu anda ingat bahawa anda juga harus berusaha dengan keras, tekun dan ikhlas kerana jika anda mengandaikan doa saja tanpa usaha maka seperti sayuran tanpa garam.

Bacaan ayat pelaris perniagaan ini dibacakan setelah selesai solat wajib 5 waktu dan boleh juga dibacakan saat anda ingin bergerak ke tempat perniagaan atau masa ingin membuka kedai yang dilengkapi dengan niat yang benar untuk mencari nafkah buat isteri, anak dan keluarga.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Faathir

“Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.”

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online business, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir yang boleh memesongkan aqidah kita. Yang melariskan perniagaan adalah kehendak-Nya dengan daya usaha kita send1ri yang diberkati oleh Allah SWT. Mintalah dan mohonlah kepada-Nya dengan membaca ayat-ayat ini.

Inna allatheena yatloona kitabaAllahi waaqamoo assalatawaanfaqoo mimma razaqnahum sirran waAAalaniyatanyarjoona tijaratan lan taboor (29)

Liyuwaffiyahum ojoorahum wayazeedahum min fadlihiinnahu ghafoorun shakoor (30)

Terjemahan:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mend1rikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengh4rapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Akhir kata, marilah kita contohi cara perniagaan Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda. SEmoga pernigaan anda semakin maju dan mendapatkan rahmat-Nya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Islamituindah.com.my

 

Be the first to comment on "Ayat Pelaris Cara Islam Yang Boleh Peniaga Amalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*