Digelar Raja Pecut Asia Tenggara, Haiqal Hanafi Raih Emas Acara 100M Lelaki

Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi diberi gelaran Raja Pecut Asia Tenggara kerana mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 pada aksi di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Haiqal berjaya merekodkan catatan terbaik buat dirinya iaitu 10.35 saat dalam acara tersebut sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi Khairul Hafiz Jantan pada Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Fokus kepada diri sendiri

Menurut Haiqal, dia hanya kosongkan fikiran dan fokus terhadap aksi yang bakal dipamerkan. Pada masa yang sama, dia hendak buktikan bahawa dia juga mampu lakukan yang terbaik bagi acara itu.

Saya hanya kosongkan fikiran dan fokus kepada diri sendiri. Saya mahu buktikan kepada semua yang saya juga boleh melakukannya. Di pertengahan perlumbaan saya sedar sudah di depan berbanding dua pelari Thailand dan hanya fokus larian hingga ke garisan penamat.

Tambahnya, tunjuk ajar, sokongan dan nasihat yang padu daripada Khairul Hafiz juga menjadi pemangkin buat dirinya ketika beraksi kali ini.

Kali pertama beraksi secara individu

Haiqal turut memberitahu bahawa kejayaan yang diraih di Sukan SEA merupakan kali pertama buat dirinya beraksi dalam acara indidvidu.

Kejayaan ini amat bermakna kerana ia paling besar dalam karier saya sebab kali pertama saya beraksi dalam acara individu. Saya sendiri tidak menjangka mampu memenanginya. Saya juga dapat buktikan tanpa jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) di sini, bukan alasan untuk saya gagal berikan yang terbaik.

Menerusi Youtube Astro Arena, Haiqal yang berada di lorong kelima itu memulakan larian pecut yang sangat baik walaupun diapit dua pelari pecut Thailand, Sowan Ruttanapon dan Bandit Chuangchai yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dengan catatan 10.49s serta 10.52s.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro & Astro Arena via OHBULAN

Be the first to comment on "Digelar Raja Pecut Asia Tenggara, Haiqal Hanafi Raih Emas Acara 100M Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*