‘Lawak Bersahaja’ Ini Kembali Tular, Ramai Masih Tertawa Dengannya

 

Bergurau bersama teman-teman mahu pun adik-beradik adalah salah satu cara yang boleh mengeratkan lagi silaturahim. Dalam gurauan pastinya ada gelak tawa yang memecah kesunyian. Sama seperti sekumpulan gadis yang bersantai di tepi pantai yang videonya dengan lawak bersahaja menjadi tular di media sosial.

Biarpun video itu pernah tular sebelum ini di media sosial, namun baru-baru ini ia dikongsikan semula oleh salah seorang pengguna Twitter. Menariknya ia kembali meraih perhatian ramai dengan lebih 247,000 tontonan dan 11,000 retweets serta 14,100 likes.

Video berdurasi hanya 17 saat itu memaparkan sekumpulan gadis yang sedang menikmati pemandangan di tepi pantai. Salah seorang darinya cuba membuat rakaman untuk menunjukkan suasana di tepi pantai itu.

Namun setelah kamera dipusingkan ke belakangnya, reaksi gadis ini yang berpura-pura terkejut dengan bergurau bersama yang lain memang boleh buat berdekah.

Berikut adalah video yang kembali tular itu:

“Walaupun video ni dah lama still buat aku gelak sesorang bila tengok”

“Aku tengok video ni banyak kali mesti ketawa je. Comel doh! “Oh dugung” hahaha”

“Haha jarang tak terhibur tengok video ni hahah”

“Dia punya gelak tuh. hahahaha anet”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: noideamlysia via HCL

Be the first to comment on "‘Lawak Bersahaja’ Ini Kembali Tular, Ramai Masih Tertawa Dengannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*