“Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Di Puncak Kerjaya Tapi Kesudahannya..”- Erra Fazira

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria.

Menariknya, pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.

“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam betunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran..”

“Tidak ada yang neg4tif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan..itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Birthday adinda @iamothongdanish18 yang semakin hari semakin hemsem 😁 . . Moga dirimu dibekalkan iman yang tinggi dan dkurniakan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat..

Siaran dikongsi oleh Erra Fazira (@errafazira) pada

Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran.

“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya..gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.

“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..”

“Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sedihnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis.

Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercer4i yang telah menyentuh hati penonton.

“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagian anak.Yang penting anak bahagia.”

“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.”

“Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra.

Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.

Serius berlinang air mata…dgr sgala cerita pasal erra…sb ak dlu pminat tegar dia…ak taw hdup dia pnuh ska dka..bila diceritakan jd sedih dan tahu cerita sbnar…alhamdulillah, disbbkn pngalaman dlu…erra menjadi NAMA BESAR dalam Industri MUZIK DAN PERFILEMAN…Tahniah…

Tak tau nak cakap apa😭😭😭 . Cuma satu je erra bukan artis yg mempergunakn air mata untuk meraih simpati peminat. love u ka erra..n will always support u.

Ne first tym aku ngis tngok dsblik idola.. Aku pun pmnat tegar dgn ka erra.. Aku kagum dgn khbatan srg wanita dn ibu tunggal.. Btapa sabar nya dia menampuhi dugaan dlm hidup terlalu bsar dugaan yg dia hrus hadapi.. Btapa syg nya Allah kpda dia krna sring d uji dgn berbagai ujiaan.. Mudhan ka erra trus kuat mnghadpi dugaan yg mndtg..

Itulah mnusia hnya ingin mnghvkum.. Org tak nak kan percer4iaan smua org nak bhgia.. Ksian ka erra.. P smmang nya ka erra srg yg kuat sbab tu dia dbrikan dugaan yg sbsar itu.. Syg ka erra..sbar ka ne dugaan dunia mudhan ka erra akan mndpt kbhgian dakhirat kelak.. Ddunia ka erra slalu gagal tpi d akhirat Allah akan ganti dgn yg lbeh baik.. InsyaAllah..

 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Memorikini

Be the first to comment on "“Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Di Puncak Kerjaya Tapi Kesudahannya..”- Erra Fazira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*